Baju yang dijual adalah bundle aka terpakai . Semua bundle dari USA buat masa ni. Semua pakaian telah siap dicuci sebelum dijual. Walau bagaimanapun anda digalakkan mencucinya semula untuk menjamin kebersihannya. Warna baju mungkin berbeza sedikit disebabkan pencahayaan kamera. Saiz yang dipaparkan di sini hanya anggaran kami sahaja, kerana setiap pakaian mempunyai saiz yang berbeza-beza mengikut jenama. Saiz anak-anak kita juga berbeza walaupun sama usia. Pastikan baca info tentang baju terlebih dahulu bagi mengelakkan kekeliruan.

Saturday 8 June 2013

Permulaan Perniagaan

Saya mempunyai dua orang anak perempuan. Merekalah pencetus ilham saya untuk berniaga. Disebabkan tumbesaran mereka yang cepat, terasa rugi bila membeli baju2 baru sedangkan pemakaiaannya hanyalah sekejap. Lagipun sekiranya membeli baju2 baru berapalah sangat yang dapat dengan RM100. Namun apabila membeli bundle, RM100 mampu memuaskan hati ibu seperti saya yang suka melihat anak perempuannya bergaya.. Bila ada anak perempuan nie asyik nak membeli baju jer.. Tambah-tambah anak dara saya yang sulung cepat tinggi dan suka bergaya.

Alhamdulillah, impian saya ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan telah tercapai. Diharapkan anda semua seronok dan berpuas hati dengan baju-baju yang dijual di blog ini. Terima kasih kerana sudi singgah melihat dan membeli disini.

No comments:

Post a Comment